Kebocoran gas memasak sebabkan letupan kecil - Utusan Malaysia

Kebocoran gas memasak sebabkan letupan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Beberapa peralatan dan bahagian di sebuah unit rumah pangsa rosak selepas berlaku satu letupan kecil dipercayai akibat kebocoran gas memasak di Rumah Pangsa Seri Pauh, Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan cedera akibat impak letupan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat kebocoran gas yang mengakibatkan ledakan di dalam rumah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat seorang mangsa warga emas perempuan berumur 78 tahun mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital oleh ambulan,” katanya sebentar tadi.

Difahamkan kejadian itu mengakibatkan cermin tingkap pada bahagian dapur pecah selain kabinet dapur turut rosak dan beberapa pintu tertanggal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini