Kastam Johor tumpas cubaan seludup rokok, minuman keras dan mercun RM2.142 juta - Utusan Malaysia

Kastam Johor tumpas cubaan seludup rokok, minuman keras dan mercun RM2.142 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Mei – Cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok, minuman keras dan mercun berjumlah RM2.142 juta oleh tiga sindiket berasingan bagi mengelak membayar cukai ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, tiga serbuan yang dibuat dalam minggu pertama bulan ini menghasilkan rampasan terbesar setakat ini.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Bukit Indah di sini 3 Mei lalu pada 2.45 petang, pihaknya merampas minuman keras sebanyak 5,736 liter, rokok putih (1,918 karton) dan mercun (704 kilogram) yang dianggarkan bernilai RM541,637 termasuk cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, seramai tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun turut ditahan di premis yang dipercayai dijadikan setor sementara.

“Menerusi serbuan kedua, sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 52 tahun ditahan di Kampung Sri Paya dekat Kulai pada 6 Mei pukul 6.40 pagi dan sejumlah 5,000 karton rokok putih jenama Canyon Merah, Menthol dan Kuning dianggarkan bernilai RM748,000 termasuk cukai dirampas.

“Serbuan ketiga pada tarikh sama sekitar 6.30 petang, pihak kami menemukan sebuah lori diletakkan di Jalan Sri Putri dekat Kulai dan hasil pemeriksaan, sejumlah 5,700 karton rokok dengan nilai dianggarkan RM852,720 termasuk cukai dirampas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohammad Hamiddan berkata, bagi serbuan pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, serbuan kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan serbuan ketiga, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini