KUALA LUMPUR 1 Mei – Skuad hoki Kanada meraih slot ke saingan separuh akhir Siri Akhir FIH selepas memenangi aksi play-off menerusi penentuan penalti shoot-out 3-1 selepas terikat 3-3 menentang China, hari ini. Kemenangan Kanada di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu membolehkan pasukan ranking 10 dunia itu diundi bertemu juara Kumpulan B, Itali sewaktu saingan empat terakhir pada Jumaat ini. Sementara itu, China terpaksa bermain dalam aksi klasifikasi 5-6…










