KAB catat untung bersih RM2.36 juta - Utusan Malaysia

KAB catat untung bersih RM2.36 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Keuntungan bersih Kejuruteraan Asastera Bhd. (KAB) bagi suku kedua berakhir 31 Mac 2019, meningkat kepada RM2.36 juta berbanding RM2.35 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagaimanapun merosot 5.3 peratus kepada RM31.06 juta berbanding RM32.79 juta sebelumnya, kata penyedia perkhidmatan elektrik dan mekanikal itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai prospek, KAB bekata ia akan terus memberi tumpuan kepada pelan dan strategi perniagaan untuk pertumbuhan masa depan dan peluasan perniagaannya. – BERNAMA.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini