Juruterbang dakwa petir penyebab Aeroflot mendarat cemas - Utusan Malaysia

Juruterbang dakwa petir penyebab Aeroflot mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 6 Mei – Juruterbang pesawat penumpang Aeroflot yang terbakar di landasan hingga menyebabkan 41 orang terbunuh mendakwa ia berpunca daripada petir membuatkan pendaratan kecemasan.

Juruterbang itu, Denis Yevdokimov berkata, pesawat tersebut kehilangan komunikasi dan perlu bertukar kepada mod kawalan kecemasan ‘kerana petir’ pada penerbangan Aeroflot ke bandar Arctic, Murmansk.

Bagaimanapun, dia tidak secara spesifik sama ada pesawat secara langsung terkena petir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyiasat-penyiasat hari ini sedang berusaha mencari punca kebakaran selepas pesawat jenis Sukhoi Superjet-100 kembali semula ke Lapangan Terbang Sheremetyevo setelah tidak berapa lama berlepas pada petang semalam.

Video tular dalam sosial media menunjukkan pesawat itu terhempas ketika mendarat dan bergerak laju sepanjang landasan dengan api keluar daripada tangki minyak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini