SYDNEY 29 Mei – Juruterbang helikopter Australia ditembak laser ketika terbang di kawasan pertikaian Laut China Selatan, lapor penyiaran negara itu. Kejadian tersebut dipercayai dilakukan oleh kapal militia China. Beijing telah menjadi lebih agresif di situ menyebabkan ketegangan antara penuntut-penuntut di Asia Tenggara termasuk Canberra dan Washington. Sumber tentera memberitahu, helikopter itu menjadi sasaran ketika penerbangan malam yang memaksa juruterbang berpatah balik bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Serangan laser dipercayai datang dari bot nelayan namun Australian Broadcasting Corporation (ABC) belum dapat mengesahkan sama ada ia kapal milik China. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya