JPJ tempatkan penguatkasa di RnR sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

JPJ tempatkan penguatkasa di RnR sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan pasukan penguatkuasaan di kawasan Rehat dan Rawat  (RnR) dan Hentian Sebelah sepanjang Ops Bersepadu sempena Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, anggota tersebut akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Contohnya di Teminal Bersepadu Selatan (TBS), mereka akan memeriksa bas sebelum ia memulakan perjalanan. Ada tempat-tempat lain dan kita tahu hotspotitu tetapi kita tak boleh dedahkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen

Memuatkan artikel berkaitan…

Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Datuk Rosli Isa.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh dan Pengerusi AEON Credit Service (M) Bhd., Ng Eng Kiat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini