Joshna, Saurav juara skuasy individu Asia - Utusan Malaysia

Joshna, Saurav juara skuasy individu Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – India menyapu bersih kejuaraan dalam kategori lelaki dan wanita Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-20 yang berakhir di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Negara di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pemain nombor 15 dunia, Joshna Chinappa mengekalkan kejuaraannya selepas mengejutkan pilihan utama dari Hong Kong, Annie Aui dari Hong Kong 11-5, 6-11, 11-8, 11-6 dalam kategori wanita.

Pilihan utama Saurav Ghosal juga dari India mengetepikan pilihan keempat, Leo Au dari Hong Kong 11-9, 11-2, 11-8 dalam kategori lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cabaran Malaysia dalam kejohanan itu berakhir semalam selepas tiga wakil negara kalah kepada lawan masing-masing di separuh akhir. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini