Jom berbuka di Gopeng Glamping Park - Utusan Malaysia

Jom berbuka di Gopeng Glamping Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAHUKAN suasana berbuka puasa dalam persekitaran kampung dan pemandangan sungai yang mengasyikkan? Tentunya pengalaman berbuka puasa di Gopeng Glamping Park (GGP) yang terletak di Kampung Chulek, Gopeng, Perak tidak dapat dilupakan.

Apatah lagi juadah berbuka puasa yang disajikan bukan sahaja membangkitkan selera, malah lain daripada yang lain iaitu Nasi Mandy Yamani dan Ayam Bakar Yamani. Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, pasti merindui hidangan nasi mandy. Apa kata singgah berbuka di GGP kerana ia pasti akan membuatkan kita mengimbau semula kenangan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.

Hidangan nasi mandy ini dilengkapkan dengan sup, salad segar dan sos Arab GGP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga menyediakan kuew tiau kerang, mi goreng mamak, roti jala yang dicicah dengan kari ayam dan kentang serta char kuew tiau. Menariknya, roti jala dan char kuew tiau disediakan secara live cooking iaitu kami hanya memasaknya apabila pelanggan mahu menikmatinya. Jadi, kami dapat menghidangkannya ‘panas-panas’, terus dari kuali,” kata Pengurus GGP, Mohd Nor Arif Mohd Azmi.

Untuk penggemar makanan barat, menu yang menanti mereka adalah spageti bolognese, nugget ayam dan kentang goreng. Buah potong seperti tembikai, nanas dan betik serta kuih muih tradisional dan minuman panas serta sejuk seperti ABC, cendol, jus oren, jus anggur, jus laici, jus asamboi dan sirap bandung melengkapkan lagi bufet Ramadan di sini.

Tidak sempurna juadah berbuka tanpa kambing bakar. Bagi penggemarnya, tambahan RM5 dikenakan untuk satu set. Begitu juga tambahan RM5 bagi satu set kepak ayam bakar.

Kemudahan surau, parkir dan tandas yang selesa disediakan. Bagi yang mahu bermalam, bolehlah menginap di khemah yang dilengkapi dengan dua tilam saiz queen, bantal, selimut, kipas angin, sejadah, lampu dan plug untuk mengecas bateri telefon. Setiap khemah boleh memuatkan empat orang dewasa.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan adalah RM20 (dewasa), manakala kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun (RM15). Bagi yang mahu menginap pula, harga meliputi pakej berbuka puasa, bersahur dan penginapan dua hari satu malam, iaitu RM88 (dewasa) dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun (RM50).

Pakej Ramadan Gopeng Glamping Park

Lot 10846, Jalan Besar, Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak

*Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi +6013-2048857 (Arif) atau www.wasap.my/60132048857/booking

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini