Johor kaji kaedah tangani tapak lupus sampah - Utusan Malaysia

Johor kaji kaedah tangani tapak lupus sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Mei – Kesemua 15 tapak pelupusan sampah di negeri ini bakal tiba di penghujung jangka hayatnya dan perkara tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, beberapa tapak pelupusan sampah terlibat dijangka tamat jangka hayatnya menjelang tahun depan.

“Ketika ini kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menangani perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian serius, bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga setiap anggota masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pra-pelancaran Kitar3cycle dan Kompos Sisa Makanan yang dianjurkan SWM Environment Sdn. Bhd. dan Tanah Sutera Development Sdn. Bhd. di Taman Sutera, Pulai, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini