PULAU PINANG 18 Mei – Jenazah tokoh dan aktivis pengguna, S. M. Mohamed Idris yang meninggal dunia petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Terdahulu, lebih 500 orang terdiri daripada pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu termasuk menziarahi keluarga Allahyarham di rumahnya di No. 2, Rose Avenue, Georgetown di sini sejak malam tadi. Antara pemimpin yang hadir termasuk Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng;…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya