KUALA LUMPUR – Jenazah Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda di sini hari ini. Terdahulu, jenazah Allahyarham Abu Hassan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda untuk disembahyangkan. Ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir. Isteri Allahyarham Abu Hassan, Datin Seri Rosbi Shahbudin (tengah) menabur bunga mawar di atas pusara suaminya setelah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah…










