JDT tundukkan Kedah 2-0 - Utusan Malaysia

JDT tundukkan Kedah 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menundukkan Kedah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam ini.

Jaringan kemenangan tuan rumah diperoleh menerusi pemain import, Leandro Sebastian Velasquez pada minit ke-33 dan Safawi Rasid pada minit ke-86.

Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa menunggu hingga penghujung perlawanan untuk mendapatkan gol kedua mereka setelah skuad Lang Merah berjaya mengekang serangan demi serangan pasukan tuan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Safawi bijak meletakkan dirinya di hadapan gol untuk menyudahkan bola hasil tampanan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan liga musim ini dengan mengumpul 39 mata setakat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini