JBFA pertahankan juara AJFC 2019 tiga kali berturut-turut - Utusan Malaysia

JBFA pertahankan juara AJFC 2019 tiga kali berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA. Pasukan JBFA meraikan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya menewaskan CIMB Melaka Juniors 2-0 pada Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) Liga Malaysia 2019 bagi wilayah Selatan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka baru-baru ini.

Jurulatih pasukan itu, Zainuddin Osman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian para pemain dan kejayaan tersebut diharap dapat menjadi platform yang kukuh untuk membentuk sebuah pasukan yang cemerlang pada masa hadapan.

Pada perlawanan akhir itu, para pemain mempamerkan persembahan yang cemerlang untuk menambat hati panel pemilih AJFC Liga Malaysia yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, K. Gunalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang cemerlang akan dipilih dalam kelompok 10 pemain untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak yang dijadual berlangsung di Singapura pada 23 hingga 26 Julai ini.

Sepanjang kem itu, para pemain akan mengambil bahagian dalam sesi latihan dan bertanding untuk merebut dua tempat untuk menyertai Kem Explorer Allianz – Edisi Bola Sepak di Munich pada 22 hingga 27 Ogos ini selain berpeluang dilatih oleh jurulatih belia FC Bayern Munich di lokasi latihan pasukan tersebut di Säbener Strasse.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini