Jaringan Messi pukau Valverde - Utusan Malaysia

Jaringan Messi pukau Valverde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde teruja dengan kejutan yang dilakukan Lionel Messi selepas penyerang tersebut menjadi nadi utama ketika membenamkan Liverpool 3-0 pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi semalam.

Pemain skuad antarabangsa Argentina itu berjaya melengkapkan gol kedua dan ketiga Barcelona selepas Luis Suarez terlebih dahulu menyumbat gol pembukaan pada minit ke-26 perlawanan.

Pada masa sama, jaringan ketiga Messi menerusi sepakan percuma dengan jarak 30 meter berjaya melengkapkan jaringan ke-600 peribadinya bersama pasukan gergasi La Liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Valverde mengakui terpukau dengan aksi Messi yang sentiasa menjadi penyelamat pasukan meskipun usianya telah menjangkau 31 tahun.

“Saya melihat jaringan ketiganya menerusi sepakan percuma dan sejujurnya Messi sentiasa memberikan kejutan dalam pasukan.

“Kami tidak tahu apa yang dia ingin lakukan ekoran jarak sepakan tersebut agak jauh, namun realitinya dia mampu menyempurnakannya de­ngan baik.

“Messi sentiasa ada ketika pasukan memerlukannya dan kali ini kami berjaya menghentikan rentak skuad kendalian Jurgen Klopp.

“Berdasarkan corak permainan dan cara dia mendapatkan gol, jelas sekali Messi telah membantu pasukan untuk menang dengan jaringan yang besar serta kehadirannya sentiasa membuatkan pasukan lawan tidak senang duduk,” kata Valverde. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini