Jangan tindas kumpulan berpendapatan tinggi - Gerakan - Utusan Malaysia

Jangan tindas kumpulan berpendapatan tinggi – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Gerakan mencadangkan supaya sekolah-sekolah mewujudkan tabung bantuan bagi menggalakkan golongan kaya dan berpendapatan tinggi menyumbang bagi membantu pelajar miskin.

Cadangan itu dinyatakan Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang tidak bersetuju dengan gesaan Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali mahu kerajaan menetapkan bayaran yuran tinggi terhadap kumpulan berpendapatan tinggi (T20) bagi membantu golongan miskin.

Dominic menegaskan, gesaan Ibrahim itu sebagai satu polisi bersifat `menindas’ terhadap kumpulan berpendapatan tinggi selain bakal mewujudkan jurang diskriminasi yang serius di antara pelajar miskin dan kaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada apa masalah dengan kumpulan berpendapatan tinggi? Asalkan mereka menghasilkan wang daripada sumber yang betul mereka tidak sepatutnya dilayan sebegini rupa.

“Lagi pun, kumpulan berkenaan sudah membayar cukai yang tinggi dan mengapa perlu mereka membayar yuran pelajaran anak-anak pada kadar tinggi,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini