PUTRAJAYA 3 Mei – Mana-mana syarikat penganjur perlumbaan jelajah berbasikal diingatkan supaya menjelaskan pembayaran wang hadiah kemenangan dan yuran penampilan mengikut syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) supaya tidak turut mengheret Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab berkata, kegagalan penganjur berbuat demikian bakal mendorong UCI ‘memburu’ persekutuan sekalipun pihaknya jelas tiada kaitan dengan sebarang kontrak penganjuran perlumbaan antarabangsa di negara ini. “Walaupun PKBM tiada kait-mengait dengan kontrak mereka, UCI yang akan cari PKBM apabila ada pembayaran yang tidak dijelaskan penganjur perlumbaan dalam tempoh 60 hari seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya