LANGKAWI – Seorang janda anak tiga ditahan susulan penemuan mayat seorang bayi dalam keadaan berulat berhampiran kawasan semak di tepi jalan Kampung Dato Syed Nahar, Kuah di sini semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi kira-kira pukul 9.30 malam semalam. “Hasil soal siasat, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah mengaku mengalami tumpah…










