KUALA LUMPUR 22 Mei – Sebahagian laluan di Jalan Sepah Puteri 5/1, Kota Damansara, di sini akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan paip dan kabel bermula 17 Mei hingga 28 Mei ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan kerja-kerja berkenaan bagi menyiapkan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash).
“Pengguna dinasihatkan memandu secara berhemah dan berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan ini.
“Sila patuhi arahan lalu lintas dan gunakan laluan alternatif untuk perjalanan yang lancar dan selamat,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai kerja pembinaan tersebut, pengguna boleh menghubungi Fauzy di talian 019-343 1349 atau Alex di 012-441 6859.











