JAIS cekup 28 pasangan berkhalwat - Utusan Malaysia

JAIS cekup 28 pasangan berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kesucian bulan Ramadan dikotori oleh 28 pasangan selepas dicekup berkhalwat di hotel bajet dan rumah sekitar negeri ini bermula awal Ramadan hingga semalam. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 40 tahun dengan enam pasangan ditahan di hotel bajet.

Katanya, 19 pasangan lagi diberkas di rumah melibatkan enam daerah di Selangor iaitu Petaling, Klang, Sepang, Gombak, Hulu Langat serta Hulu Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga lagi ditangkap selepas 3 melakukan perbuatan maksiat tersebut (persetubuhan).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 dan 29 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Iftar bersama JAIS di sini semalam.

Haris memberitahu, pihaknya turut menahan 22 individu kerana tidak berpuasa dengan menjadikan kedai makan tersorok dan restoran sebagai lokasi utama mereka sekitar Petaling.

Ujar beliau, terdapat seorang daripadanya ditangkap sebanyak dua kali selang seminggu. 

“JAIS turut mengesan tiga kes membabitkan kutipan derma tanpa izin termasuk dilakukan seorang pelajar tahfiz di bazar Ramadan Seksyen 19 di sini semalam.

“Pelajar ini dilihat memegang kotak tertera tulisan memohon sumbangan derma ikhlas untuk menyambung pelajaran ke luar negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini