Isu Statut Rom belum selesai - Utusan Malaysia

Isu Statut Rom belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menurut kenyataan Wisma Putra semalam, pengekalan Malaysia sebagai ‘Negara Pihak’ kepada triti itu seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan walaupun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

“Kerajaan Malaysia te­lah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April lalu, selaku depositori bagi triti itu, setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini