Isteri tikam suami curang, sering mendera - Utusan Malaysia

Isteri tikam suami curang, sering mendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang wanita yang tidak tahan dengan sikap suami kerana sering mendera dan berlaku curang bertindak menikam suaminya ketika tidur dalam kejadian di sebuah bilik sewa tingkat atas bangunan kedai di Bandar Cenderawasih, Sahabat 7, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Rasalan Jaya, 32, seorang pengawal keselamatan, mengalami cedera parah di bahagian perut dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada pukul 5.05 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika kejadian, mangsa sedang baring di bilik sebelum isterinya berusia 26 tahun mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam mangsa di sebelah kanan perut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa mencabut pisau yang tertusuk diperutnya dan meletakkan di atas katil sebelum menuju ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian membuang pisau itu keluar melalui tingkap dan hanya bersembunyi di bilik sewa mereka sebelum ditahan polis dua jam kemudian. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini