Irfan Bakti tidak sihat - Utusan Malaysia

Irfan Bakti tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Mei – Irfan Bakti Abu Salim tidak dapat memberi sebarang komen berhubung peletakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih pasukan Terengganu FC (TFC) berikutan keadaan kesihatannya ketika ini yang tidak mengizinkan.

Menurut isterinya yang dikenali sebagai Sofia, suaminya mengalami demam sejak kelmarin dan buat masa ini memerlukan rehat secukupnya.

“Coach (jurulatih) tidak sihat. Dia demam dari kelmarin dan kena berehat dulu. Maaf ya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nanti esok petang awak call (hubungi) semula, maaf ya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perkembangan terbaharu sukan bola sepak Terengganu dikejutkan dengan peletakan jawatan Irfan Bakti sebagai Ketua Jurulatih (TFC) berkuat kuasa semalam.

Peletakan jawatan itu ekoran prestasi buruk dan memalukan skuad penyu dalam dua perlawanan sebelum ini hingga gagal mara ke separuh akhir Piala FA ketika menentang Pahang di samping tewas 3-5 ketika bertemu Petaling Jaya City (PJ City FC), kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pihak pengurusan pasukan menghormati keputusan nekad yang dibuat Irfan Bakti dalam mesyuarat khas postmortem yang dihadiri oleh barisan kejurulatihan semalam selepas mengambil kira semua aspek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini