DOHA 1 Mei – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif hari ini mengkritik Amerika Syarikat (AS) yang mahu menyenarai hitam Muslim Brotherhood sebagai kumpulan pengganas.
Menurutnya, Iran menolak sebarang cubaan AS untuk perkara berkenaan.
“AS yang menyokong pengganas terbesar dalam rantau kami dan ia adalah Israel.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Cubaan untuk menjadikan pihak tertentu sebagai pengganas yang mana AS tiada kedudukan secara teori dan praktikal,” katanya pada Dialog Kerjasama Asia di Doha.
Penyenaraian sebagai pengganas itu akan mengembirakan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan juga Arab Saudi dengan ultrakonservatif ideologi Wahabi malah berikutan sokongan bagi perubahan politik negara. – AFP











