Invest Asia Singapura tarik 1,000 peserta - Utusan Malaysia

Invest Asia Singapura tarik 1,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Acara forum Invest Asia Singapura 2019 Maybank Kim Eng yang berlangsung pada 9 dan10 Mei lalu dengan kerjasama ICBC International, berjaya menarik 1,000 peserta, termasuk lebih 240 pengurus dana tempatan dan serantau dari Singapura, Malaysia, China, Hong Kong, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Maybank Kim Eng dan ICBC International berkata, persidangan dua hari itu mengetengahkan 50 syarikat di rantau ini, yang meliputi syarikat tersenarai awam besar hingga pertengahan dengan modal pasaran berjumlah AS$232 bilion (RM970 bilion), untuk pilihan pelabur.

Edisi Asia tahun ini merangkumi perbincangan penting mengenai cabaran kemapanan ASEAN dan peranan pengantara pasaran modal dalam menghubungkan modal dengan keperluan pembangunan lestari di rantau ini. – BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini