KUALA LUMPUR – Peguam Syazlin Mansor berada dalam kedudukan konflik kepentingan kerana beliau mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam inkues mengenai kematian anggota bomba itu. Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, Syazlin mengambil kedudukan yang bercanggah sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang merupakan pegawai yang menjalankan prosiding. Perkara ini memalukan beliau atas kapasitinya sebagai peguam mewakili Kementerian. “Ini untuk menjelaskan kekeliruan dan…










