Individu bijak dengar muzik klasik, jazz - Utusan Malaysia

Individu bijak dengar muzik klasik, jazz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Mei – Individu yang gemar mendengar muzik instrumental seperti Mozart dan Bach berkemungkinan lebih bijak berbanding mereka yang menyukai lirik dalam lagu, dedah satu kajian.

Lapor Mail Online yang memetik saintis sebagai berkata, mereka menemukan hubu­ngan antara kuasa minda dan muzik instrumental seperti klasik dan jazz.

Lebih empat ratus pelajar di Croatia terlibat dalam kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Oxford Brookes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Biological Sciences mendapati, individu dengan intelektual rendah menggemari muzik dengan lirik berbanding pengorkestraan kompleks.

Ia mengukuhkan lagi teori popular oleh Satoshi Kanazawa yang dikenali sebagai hipotesis Savanna-IQ mengaitkan intelek dengan novel atau rangsangan luar biasa.

Ketua kajian, Elena Racevska melakukan penyelidikan ke atas 467 orang responden dengan meminta mereka melakukan ujian kecerdasan selain diminta menilai genre muzik mengikut urutan.

Ironinya, mereka yang memperoleh markah kecerdasan intelektual (IQ) tertinggi menunjukkan pilihan yang jelas untuk muzik instrumental.

Bagaimanapun Racevska mengakui bahawa kajian dijalankan adalah terhad kerana tidak mengambil kira pelbagai faktor lain seperti umur dan tahap pendidikan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini