Huawei dilarang guna di AS - Utusan Malaysia

Huawei dilarang guna di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 16 Mei – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan perintah kecemasan kepada semua syarikat di negara itu sebagai menghalang penggunaan peralatan telekomunikasi asing berikutan ancaman keselamatan.

Dalam perintah yang ditandatangani oleh Trump semalam itu menyebut bahawa penggunaan peralatan telekomunikasi asing itu dilihat mengundang risiko keselamatan kepada negara.

White House memberitahu perintah itu bagaimanpun tidak menyebut mana-mana syarikat telekomunikasi secara spesifik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun sekatan itu jelas dirujuk kepada syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi gergasi China, Huawei.

Sebelum ini, Huawei menfailkan saman terhadap AS kerana didakwa menyekat perniagaannya untuk berkembang dalam pasaran global.

Menurut portal berita CNA, AS telah melarang teknologi Huawei di negara itu dan mendakwa syarikat itu menjalankan perniagaan yang tidak mengikut Perlembagaan yang ditetapkan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini