KUALA LUMPUR – Maruah Malaysia terselamat apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Final Siri Hoki Dunia selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Wales pada aksi crossover di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol skuad hoki negara diperoleh menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abd. Jalil dan Faizal Saari masing-masing pada minit ke-27 serta 40. Selepas berjaya meledak dua gol, skuad bimbingan Roelant Oltmans itu memilih untuk…










