Herrera sah tinggalkan United untuk PSG - Utusan Malaysia

Herrera sah tinggalkan United untuk PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 11 Mei – Ander Herrera mengesahkan dia akan meninggalkan Manchester United sebaik kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Menerusi hantaran video dalam akaun Twitter Manchester United, hari ini, pemain Sepanyol itu memberi penghormatan kepada peminat dan kelab sepanjang lima tahun mengagumkan dia bersama pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut.

Kontrak Herrera berakhir di Old Trafford, musim panas ini dan dia semakin hampir menyertai Paris Saint-Germain menerusi perpindahan percuma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam video tersebut, Herrera berkata: “Ada merah dalam hati saya. Saya tahu sejak kali pertama saya bermain di sini dan pada detik saya mula menyarung jersi kelab.

“Sebuah kelab dengan ribuan peminat yang menghormati dan mengingati semua pemain yang memberikan segala-galanya. Saya berasa cukup istimewa apabila mendengar nama saya dalam nyanyian mereka. Saya berasa bangga apabila peminat memutuskan saya adalah sebahagian daripada sejarah yang luar biasa di kelab ini.

“Setiap kali saya mewakili kelab ini dalam setiap perlawanan, menang dan kalah, walaupun pada ketika saya tidak dapat membantu, saya amat memahami apakah makna kelab ini.

“Saya akan pergi dengan mengingati hampir 200 perlawanan yang pernah saya bermain dengan jersi kelab ditubuh saya kerana beraksi bersama sebuah pasukan terhebat di England menjadi satu penghormati kepada saya. Terima kasih selama lima tahun yang cukup hebat! Saya tidak akan dapat membalas dengan hanya ucapan terima kasih.”

Dalam video itu, turut terkandung pencapaian Herrera sepanjang dia bersama kelab, termasuk memenangi anugerah Pemain Terbaik bagi musim 2016/17. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini