PULAU PINANG 16 Mei – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya menghentikan iklan bagi produk makanan yang mengandungi terlalu banyak garam seperti mi segera. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, usaha itu bagi membendung peningkatan kes-kes hipertensi dalam kalangan penduduk negara ini serta selari dengan sambutan Hari Hipertensi Sedunia esok. Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mewajibkan pengeluar makanan melabel kandungan natrium pada produk mereka supaya pengguna dapat mengawal kadar pengambilan garam berlebihan yang menyumbang kepada hipertensi. Menurut beliau, ketika ini, kajian mendapati rakyat negara ini mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya