HDC akan main peranan lebih besar bawah MEA - Utusan Malaysia

HDC akan main peranan lebih besar bawah MEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 21 Mei – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan mempunyai peranan yang lebih besar di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) termasuk memperkasa industri halal negara dengan meningkatkan ruang pasaran, menghasilkan lebih banyak kepakaran serta meningkatkan jumlah syarikat tempatan.

.

Naib Presidennya, Hanisofian Alias berkata, HDC juga dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan lebih banyak perkongsian industri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tugasan pertama kami ialah membuka lebih banyak pasaran. Sebagai contoh, kami mahu membuka pasaran di Korea Selatan sama ada menerusi industri pelancongan atau bekerjasama membekalkan bahan mentah kepada syarikat-syarikat di negara ini.

“Sudah pasti kami mahu syarikat Malaysia menyalurkan bahan (mentah),” katanya kepada Bernama semasa lawatan kerja empat hari ke Seoul Food 2019 yang bermula di sini hari ini.

Acara tersebut dianjurkan oleh Agensi Promosi Pelaburan Korea (KOTRA).

Pada Mac lepas, HDC menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan KOTRA iaitu sebuah organisasi yang dibiayai kerajaan dengan matlamat untuk memudahkan pembangunan ekonomi yang diterajui oleh eksport Korea Selatan melalui pelbagai aktiviti promosi perdagangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini