Harumanis bersedia masuk pasaran hiliran - Utusan Malaysia

Harumanis bersedia masuk pasaran hiliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Buah mangga premium Harumanis kini bersedia memasuki industri hiliran bagi memastikan produk tersebut dapat dipasarkan lebih meluas kepada orang ramai.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, malah kini terdapat air minuman dan kordial yang dihasilkan daripada Harumanis.

“Jadi ini merupakan antara langkah diambil kita bagi memastikan setiap kali penghasilan Harumanis dapat dipasarkan sekali gus dapat membantu para petani dapat menikmati pada harga munasabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya gembira bila diberitahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membeli buah ini di ladang gred A dgn harga RM21 dan saya merasakan ia dapat memuaskan hati sebahagian besar pengusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pelancaran ‘Kempen Berbuka dan Bersahur Dengan Harumanis’ di sini hari ini.

Mengulas kempen itu, Salahuddin berkata, ia merupakan antara satu inisiatif membantu para petani di dalam memasarkan produk itu khususnya ketika waktu musim pengeluarannya pada bulan Ramadan.

Katanya, ia juga diambil bagi membantu para petani memasarkan produk itu sekali gus bagi mengelakkan berlakunya lambakan di pasaran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini