Haris dilantik Datuk Bandar Shah Alam - Utusan Malaysia

Haris dilantik Datuk Bandar Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu berkuatkuasa 10 Mei lalu.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan berkuatkuasa 7 Januari lalu.

Majlis Penyampaian Amanat dan Surat Pelantikan bagi pentadbiran kerajaan negeri itu dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya di pejabatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Haris ketika dihubungi memaklumkan hanya mengetahui lantikan tersebut pada Selasa lalu. 

Sementara itu, Haris ketika dihubungi berkata, beliau hanya mengetahui lantikan itu pada Selasa lalu.

Beliau menjelaskan bagaimanapun hanya memulakan tugas sebagai Datuk Bandar bermula 3 Jun depan. 

“Saya mendapat pelepasan daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan tugasan di JAIS sehingga 31 Mei ini terutama dalam urusan ihya Ramadan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya. 

Ditanya mengenai individu yang akan menggantikannya, Haris yang telah berkhidmat selama empat tahun di JAIS menegaskan tidak mengetahui calonnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini