KUALA LUMPUR 26 Mei – Persatuan-persatuan pengguna mula menerima aduan berlaku kenaikan harga barang-barang basah dan keperluan asas menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, kegiatan menyorokkan bekalan juga dipercayai berlaku untuk menaikkan harga barang yang dijual pada hari-hari terakhir sebelum sambutan Aidilfitri. JACOB GEORGE Menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George, pihaknya mula menerima aduan dan maklumat berkaitan kegiatan sedemikian terutama di Lembah Klang…










