SHAH ALAM 1 Mei – Pengendali PKNS FC, Datuk K.Rajagobal yakin PKNS FC mampu mencipta kejutan apabila bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar menentang Kedah dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA, 10 Mei ini. Katanya, pemainnya menunjukkan corak permainan yang luar biasa walaupun sudah ketinggalan dengan tiga gol dan kehilangan seorang pemain akibat dikenakan kad merah. “Walaupun kita ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama dan kehilangan…










