Hamparan bunga seperti lukisan - Utusan Malaysia

Hamparan bunga seperti lukisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Panorama indah di kawasan pedalaman England yang dipenuhi bunga mekar menggamit pandangan pengunjung, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Hamparan bunga blubell berwarna cerah itu memenuhi kawasan berbukit Clent Hills di Midlands, England. Pemandangan yang dilihat mengingatkan pengunjung kepada hasil seni pelukis legenda Perancis, mendiang Monet bertajuk Water Lilies. Pemandangan itu dirakam baru-baru ini. Pokok bunga bluebell biasanya mekar dari pertengahan April hingga lewat Mei. Bagaimanapun, kali ini, bunga tersebut mekar lebih awal berbanding biasa ekoran ketibaan musim bunga yang agak panas. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN