Hamilton kukuhkan cengkaman - Utusan Malaysia

Hamilton kukuhkan cengkaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO 26 Mei – Lewis Hamilton melebarkan kedudukan pendahulu keseluruhan kejuaraan Formula Satu (F1) dunia selepas menjuarai perlumbaan litar jalanan Grand Prix Monaco, sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu mengetepikan cabaran sengit pelumba Red Bull, Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Verstappen bagaimanapun jatuh ke tangga keempat selepas dikenakan penalti lima saat di awal perlumbaan, sekali gus membolehkan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel naik ke kedudukan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakan sepasukan Hamilton, Valterri Bottas pula melengkapkan podium dengan menduduki tempat ketiga.

Kemenangan keempat musim ini membolehkan Hamilton mengukuhkan kedudukan pendahulu pemandu dunia dengan mengumpul 112 mata, tujuh mata mengatasi Bottas manakala Verstappen di tempat ketiga dengan 66 mata.

Selepas mengharungi enam pusingan setakat ini, belum ada pemandu lain berjaya memecahkan dominasi Mercedes yang memenangi kesemua perlumbaan setakat ini menerusi Hamilton dan Bottas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini