LONDON 23 Mei – Kurang daripada 48 jam, penyerang Ghana, Asamoah Gyan menarik balik keputusannya bersara di pentas antarabangsa selepas menerima permintaan daripada presiden negara itu malah bersedia untuk menyarung jersi skuad Black Stars menjelang Piala Negara-Negara Afrika.
Gyan membuat keputusan untuk bersara pada Isnin lalu selepas tidak gembira apabila mendapat tahu lilitan kapten tidak akan diberikan kepadanya berikutan kali terakhir dia beraksi bersama Ghana pada September 2017 akibat kecederaan.
Bagaimanapun, dia membuat pusingan U selepas diminta untuk beraksi dalam kejohanan tersebut yang berlangsung pada 21 Jun hingga 19 Julai ini di Mesir oleh Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo.
“Saya kekal komited untuk berkhidat bersama Ghana,” kata Gyan. – AGENSI











