Guru, polis antara disaman dalam Ops Didik - Utusan Malaysia

Guru, polis antara disaman dalam Ops Didik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 91 ibu bapa termasuk seorang guru dan anggota polis disaman dalam Ops Didik atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru-baru ini.

Operasi yang bermula pukul 6.30 pagi sejak Selasa lalu itu dilakukan di lima buah sekolah di sini.

Turut dikenakan saman ialah 103 pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang menunggang dan membonceng motosikal atas kesalahan sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, operasi itu pertama kali dijalankan di kawasan berdekatan tiga buah sekolah kebangsaan di Paya Rumput, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput dan SMK Bukit Katil.

“Sepanjang operasi selama tiga hari ini, seramai 91 ibu bapa atau penjaga dan 103 pelajar sekolah disaman kerana tidak memakai topi keledar.

“Jumlah keseluruhan saman dikeluarkan adalah 216 termasuk beberapa kesalahan lain iaitu tiada lesen memandu, tiada perlindungan insu­rans, menggunakan alat telekomunikasi, langgar lampu isyarat dan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM),” katanya ketika ditemui di SMK Bukit Katil di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini