Guru jadi pameran seni bergerak - Utusan Malaysia

Guru jadi pameran seni bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA seorang guru, Muhamad Fazri Hassan baru-baru ini tular di laman sosial kerana kesanggupannya menjadi ‘pameran seni bergerak’ dengan mengenakan kemeja putih yang dipenuhi lukisan hasil sentuhan tangan anak-anak murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bahasa Melayu yang diajarnya.

Menerusi laman Twitternya, Fazri menerangkan, selaku guru pendidikan khas, beliau harus sentiasa mencari pendekatan berbeza dan menarik agar murid-murid istimewa itu tidak cepat bosan ketika sesi pembelajaran.

Bagi menghargai sentuhan tangan anak didiknya itu juga, beliau sanggup berjalan mengelilingi sekolah sambil mengenakan pakaian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Baju ini adalah sangat bermakna kerana ia dihasilkan oleh 10 orang murid dan mereka mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan rekaan baju tersebut.

“Saya sudah berjanji kepada murid untuk memakai baju kemeja hasil lukisan tangan ini sekiranya mereka mampu menyiapkannya pada masa yang ditetapkan,” katanya.

Kisah yang dikongsikan oleh Fazri mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna laman sosial. Rata-rata mereka memuji hasrat murni guru tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini