LONDON – Pertahanan Barcelona, Clement Lenglet memuji Antoine Griezmann , sambil menyifatkan rakan sepasukan dari Perancis itu merupakan salah seorang pemain terbaik di La Liga. Griezmann, 28, dikaitkan dengan perpindahan ke Barca selepas mengumumkan pada awal bulan ini, dia akan berhijrah dari Atletico Madrid. “Griezmann salah seorag daripada tiga atau empat pemain terbaik dalam la Liga. “Dia merupakan bintang dan dia sentiasa konsisten dalam tempoh beberapa tahun. Dia telah menjaringkan banyak gol setiap musim. “Dia merupakan bintang Atletico dan juga salah seorang figura terhebat dalam liga,” kata Lenglet.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya