LIMA 26 Mei – Gempa bumi kuat berskala 8.0 Richter melanda utara Peru, di sini hari ini.
AFP yang memetik Institut Geofizik Peru sebagai berkata, gempa bumi yang berlaku pada pukul 7.41 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 110 kilometer itu berlaku kira-kira dua minit.
Gegaran gempa itu dirasakan di utara dan tengah Peru, termasuk ibu kota Lima.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Setakat ini, belum ada laporan kecederaan kepada penduduk.
Presiden Peru, Martin Vizcarra dalam Twitternya meminta orang ramai supaya bertenang dan pasukan keselamatan sedang melihat kawasan-kawasan yang terjejas.
Sebuah saluran televisyen tempatan memberitahu, berdasarkan maklumat awal beberapa bangunan di bandar Yurimaguas rosak akibat gegaran itu. -AFP











