Gangguan air pulih selewat-lewatnya Ahad ini - Utusan Malaysia

Gangguan air pulih selewat-lewatnya Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 69 peratus dari keseluruhan 65 kawasan di Klang, Selangor yang mengalami gangguan bekalan air sejak Ahad lalu telah kembali pulih.

AIR Selangor akan terus mengerakkan bantuan lori-lori tangki dengan memfokuskan kepada kawasan yang masih belum pulih dan meneruskan pengoperasian empat Pusat Khidmat Setempat di Bandar Sultan Suleiman, Bandar Parkland, Taman Sri Andalas dan Batu Belah. – UTUSAN ONLINE

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memulihkan baki 31 peratus kawasan selewat-lewatnya pada Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai langkah jangka masa panjang dan memulihkan kembali sistem bekalan ke kawasan ini, Air Selangor dengan kerjasama beberapa agensi seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Shapadu telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip utama 1400 milimeter bermula malam tadi dan dijangka siap pada Ahad ini.

“Air Selangor memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami kepada semua pelanggan yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Raof, pihaknya mula membuat persiapan bagi proses pembaikan sejurus berlakunya kejadian pada malam Sabtu, 4 Mei lalu.

“Air Selangor dengan kontraktor yang dilantik telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan secara berterusan tanpa henti dan kerja-kerja pembaikan paip utama 1400 mm siap pada pukul 6 petang, 7 Mei.

“Pada ketika itu, pihak kami menyasarkan pemulihan dalam tempoh 24 jam sejurus kerja-kerja siap dan bekalan diaktifkan. Walau bagaimanapun, apabila bekalan diaktifkan, telah berlaku kebocoran di beberapa lokasi lain di jajaran paip utama tersebut.

“Ini telah mengakibatkan tempoh masa pemulihan yang disasarkan tidak dicapai. Pihak kami terpaksa melakukan penutupan semula bekalan di sistem utama,” katanya.

Tambah beliau, sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan itu, turut berlaku insiden pergerakan tanah dan menyumbang kepada kelewatan kerja.

“Berdasarkan keadaan di tapak, kami mendapati amat berisiko untuk meneruskan kerja-kerja pembaikan yang berkemungkinan mengakibatkan insiden lebih kritikal jika kerja-kerja pembaikan diteruskan di lokasi yang sama.

“Memahami kesulitan pelanggan-pelanggan yang terjejas ekoran insiden ini, kami mengambil keputusan melaksanakan tindakan alternatif bagi penyaluran bekalan air melalui sistem agihan yang lain dari sumber air terawat yang sama iaitu dari Kolam Lam Bee ke Kolam Lipat Kajang dan Kolam Bukit Rajah Industri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini