Gangguan air di beberapa kawasan di Klang hari ini - Utusan Malaysia

Gangguan air di beberapa kawasan di Klang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Beberapa kawasan di Wilayah Klang akan terjejas dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE).

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan kepada pelanggan yang terjejas.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah Ambang Botanik, Teluk Gedung Kecil, Bandar Bestari, Teluk Pulai, Bandar Botanik, Kampung Keretapi, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Kampung Pendamar dan Bandar Puteri.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan mengemaskini status dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon pintar “Air Selangor” serta laman web di www.syabas.com.my untuk senarai kawasan terjejas serta status terkini.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini