Gadis hilang ditemukan di Jerteh - Utusan Malaysia

Gadis hilang ditemukan di Jerteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 11 Mei – Seorang gadis yang dilaporkan hilang di sini pada 4 Mei lalu ditemukan selamat di Jerteh, Terengganu semalam.

Rossazlin Roslan, 18, dari Kampung Paya Garuk, di sini dijumpai kira-kira pukul 4 pagi dalam keadaan lapar dan demam oleh sebuah keluarga di Terminal Bas Jerteh sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tok Deh, Jerteh.

Abangnya, Mohamad Rosli, 27, berkata, pakaian yang dipakai adiknya sewaktu dilaporkan hilang Sabtu lalu juga kotor dan keluarga berkenaan memberi pakaian baharu kepadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adik saya dibawa oleh seorang lelaki dari Jerantut ke Terengganu dan meninggalkannya di dalam rumah kosong sebelum dia ditemukan.

“Keluarga berkenaan telah menghantar adik pulang ke rumah petang semalam dan kami telah membawanya ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk menceritakan keadaan sebenar,” katanya di sini hari ini.

Rossazlin dilaporkan hilang pada 4 Mei lalu setelah memberitahu adiknya, Rosmadiyana, 16, bahawa dia ingin ke surau untuk melihat ibu bapanya, Roslan Abdul Razak, 54, dan Wan Noraini Wan Nor, 53, yang sedang memasak untuk kenduri doa selamat.

Ibu bapanya bagaimanapun tidak melihat kelibat Rossazlin di surau dan membuat laporan polis pada hari yang sama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini