Fusionex sedia platform pacu libat urus pelanggan - Utusan Malaysia

Fusionex sedia platform pacu libat urus pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, akan menawarkan platform yang menyediakan tawaran untuk memacu libat urus pelanggan bagi syarikat tenaga terkemuka dunia.

Ivan Teh
Ivan Teh 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata, melalui kontrak pelbagai tahun dan berjuta-juta dolar, Fusionex akan menyediakan platform tersebut kepada pelanggan khusus dalam menjana bahan api dan tenaga yang memacu pelbagai industri dan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, platform itu bertujuan membantu pelanggan memahami dengan lebih baik dan terlibat dengan asas pelanggannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia akan menyasarkan kepada pelanggan berdasarkan corak penggunaan dan pembelian, profil demografi dan parameter lain.

“Dengan meningkatkan platform libat urus pelanggan mereka melalui AI dan Pembelajaran Mesin, pelanggan akan mendapat pandangan yang membolehkan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini