LONDON 27 Mei – Penjaga gol berpengalaman Arsenal, Petr Cech bakal mengakhiri karier bola sepaknya sebagai pemain selepas aksi final Liga Europa menentang Chelsea di Baku, Azerbaijan awal pagi Khamis ini. Namun jauh di sudut hatinya, Cech, 37, memasang hajat mahu menghadiahkan Arsenal kejuaraan sekaligus tiket ke Liga Juara Juara Eropah musim depan. Pada masa sama beliau juga mahu meninggalkan kenangan pahit buat Chelsea pada penampilan terakhirnya sebelum bersara biar…










