Festival dan Anugerah Durian tawar 5,000 kg durian - Utusan Malaysia

Festival dan Anugerah Durian tawar 5,000 kg durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Kira-kira 5,000 kilogram (kg) durian dari seluruh negara akan disajikan sepanjang Festival dan Anugerah Durian yang akan berlangsung di Bangi Golf Resort dekat sini pada 13 hingga 14 Julai nanti.

Festival yang memasuki tahun kedua itu akan menawarkan pelbagai jenis durian seperti Durian Udang Merah dan Duri Hitam dari Pulau Pinang, D24 dan Musang King (Raub) serta D13 (Johor).

Pengarah Festival itu, Tan Ban Keat berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran pengunjung pada tahun ini meningkat dua kali ganda berbanding kehadiran 6,000 pengunjung pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu Bangi menjadi sebuah tarikan pelancong untuk keluarga berkumpul dan menikmati durian dari seluruh negara di samping mengambil bahagian dalam aktiviti menarik yang disediakan.

“Selain itu, kita juga dalam proses membangunkan hab durian sepanjang tahun tanpa mengira musim dengan membangunkan muzium durian, produk agro pelancongan dan pusat penyelidikan durian,” katanya selepas majlis pelancaran festival itu di sini baru-baru ini.

Penganjuran festival itu turut mendapat kerjasama daripada Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi), radio rasmi, Selangor FM, portal rasmi F8Buzz.com dan rakan penaja iaitu Dulai Fruits, Agro Bridge, F&B Equipments serta Terra Security Monitoring Sdn. Bhd.

Festival yang dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu turut menyediakan 60 khemah pasar petani, pameran dagangan, seminar, kejohanan dunia durian,larian durian dan konsert raja buah.

Dalam majlis sama, pihak penganjur turut memperkenalkan selebriti tempatan sebagai Sahabat Durian Festival iaitu Sissy Iman, Fara Hazel, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.

Bagi yang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan itu boleh melayari laman sesawang www.durianfestival.my atau menghubungi Winny di 012-2759299. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini