Federer buka kempen Terbuka Perancis malam ini - Utusan Malaysia

Federer buka kempen Terbuka Perancis malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 26 Mei – Selepas empat tahun menyepi dari Terbuka Perancis, Roger Federer hari ini kembali memulakan kempen di kejohanan tanah liat itu dengan harapan untuk merangkul kejuaraan ke-21 Grand Slam.

Kali terakhir pemain Switzerland berusia 37 tahun ini menjuarai Terbuka Perancis ialah 10 tahun lalu namun dengan wajah baharu Roland Garros, kehadirannya kali ini dianggap tidak lebih sebagai pemain bukan pilihan.

Diletakkan sebagai pilihan ketiga, Federer akan menentang pemain No.73 dunia dari Itali, Lorenzo Sonego pada aksi pusingan pertama malam ini tetapi tidak pasti mampu meneruskan kemaraan jika berdepan Rafael Nadal atau Novak Djokovic selepas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya masih bermain dengan baik tetapi ia belum cukup jika dibandingkan dengan pemain utama lain. Saya tidak pasti sama ada saya mampu melakukannya atau tidak,” kata Federer yang kalau boleh lebih suka menumpukan perhatian kepada Wimbledon sahaja.

Turut turun beraksi malam ini adalah pemain Jerman, Angelique Kerber yang akan menentang Anastasia Potapova dari Rusia manakala pemain Greece, Stefanos Tsitsipas bertemu pemain kidal Jerman, Maximilian Marterer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini